Perusahaan Azan

Perusahaan Azan Sdn. Bhd. (PASB), dahulu dikenali nama Roti Azan,[1] ialah sebuah syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghasil dan mengeluarkan keluaran berasaskan roti dan biskut dengan jenama Biskut Azan. Syarikat ini mula ditubuhkan pada tahun 1969 oleh Abu Bakar Ali. Setakat 2014, syarikat ini telah memasarkan keluarannya ke peringkat antarabangsa di Indonesia, Hong Kong, Oman, Dubai dan Iraq.[2]